Ahad, 13 November 2011

Mukadimmah



Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat blog ini semoga anda dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Tujuan saya buat blog kahwin ku adalah kesukaran saya mendapat maklumat cara-cara atau perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saya hendak mendirikan rumahtangga pada 11.11.2011 yang lepas.

Tiada satu pun blog atau web yang lengkap menceritakan apa yang perlu bakal pengantin lakukan bermula dari krusus perkahwinan, temuduga, bacaan ayat istiqfar hingga ke ijab qabul. Disebabkan kesukaran ini, saya telah berjanji kepada diri saya, bahawa selepas nikah, saya akan buat blog untuk mempermudahkan pasangan macam saya yang serba tidak tahu (maklum la belum pernah kahwin) dapat manafaat dan bersiap sedia sehingga majlis perkahwinan. Kira ini macam projek amal gitu.:P

Semua ini berdasarkan pengalaman saya dan kesukaran yang saya hadapi semasa hendak mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Kebanyakan soalan temuduga perkahwinan dalam laman blog yang lain telah banyak berubah dan tidak relevan lagi. Maklum la nak tanya dekat orang, saya ni pemalu. 

Namun blog ini khusus untuk pasangan yang berasal dari Pulau Pinang sahaja. Ini kerana saya dan isteri saya berasal dari Pulau Pinang. Jadi kepada mereka yang berasal dari negeri lain, tidak dapat la saya membantu. Namun prosedur nikah semua negeri sama sahaja, cuma yang berbeza di Pulau Pinang ada temuduga sebelum kahwin.

Saya berharap blog ini dapat membantu kepada mereka yang tercari cari apa yang perlu dibuat sehinggga ke majlis perkahwinan. Mudah mudahan, saya dapat pahala kerana menolong seseorang untuk mendirikan masjid. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan